Peter didakwa palsukan dokumen RM43 juta, dijamin RM50 ribu, sebutan kes 10 September
02:07 Jul 31, 2020  |  By SabahKini2
Peter didakwa palsukan dokumen RM43 juta, dijamin RM50 ribu, sebutan kes 10 September

Ketika pengumuman Kes Najib 28 Julai, Peter sedang didakwa mencuri wang RM43 juta dengan membuat tuntutan palsu. Peter dijamin RM50 ribu hari tu dan sebutan kes pada 10 September 2020. Harap tiada lagi Vertigo..

Pada 28 Julai lalu bersamaan dengan keputusan kes bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak, Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah sekali lagi berdepan pertuduhan baru di Mahkamah Sesyen di bawah Seksyen Seksyen 468 Kanun Keseksaan memalsukan dokumen dan satu pertuduhan alternatif seksyen 471 Kanun Keseksaan menggunakan dokumen palsu sebagai dokumen asal.

Hukuman maksimum jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan ialah penjara selama tujuh tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali manakala Seksyen 471 ialah penjara 2 tahun.

Mahkamah membenarkan Datuk Peter Anthony diikat jamin RM50,000 seorang penjamin. Sebutan semula kes ditetapkan pada 10 September 2020.

Pertuduhan baru berkait dengan kes penipuan dan penyelewengan kontrak penyelenggaraan Universiti Malaysia Sabah oleh Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd bernilai RM43 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tuntutan Palsu RM43 juta UMS: Peter Anthony, Asli Jati Engineering didakwa lagi ]

Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd merupakan milik Datuk Peter Anthony sendiri bukan saja terlibat dengan tuntutan palsu UMS tetapi juga pendakwaan kes RISDA kes pecah amanah dan AMLA baru-baru ini bersama Peguam Michael P Ubu

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter Goyang! Terbukti syarikat milik Peter, Michael Ubu bersubahat curi wang rakyat RISDA ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Michael Ubu didakwa pecah amanah, AMLA libatkan wang RM19.5 Juta ]

 

 

 

 

22 Comments