Presiden Cuepacs gagal bela penjawat awam, LPPSA selesai jika buang KSP MOF!
15:04 Apr 03, 2020  |  By SabahKini2
Presiden Cuepacs gagal bela penjawat awam, LPPSA selesai jika buang KSP MOF!

Tan Sri Ahmad Badri KSP MOF pilihan lantikan Lim Guan Eng. Bila nak tukar?

Percayalah isu LPPSA penjawat awam ini tidak akan selesai selagi KSP MOF lantikan Guan Eng ini tidak ditukar. Jawapannya tetap sama tidak!. Biar derita penjawat awam bergaji rendah tetap tidak. Presiden Cuepacs pula lemah!

Portal Sabahkini2 pada 26 Mac lalu telah membangkitkan isu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) agensi dibawah Kementerian Kewangan yang masih tidak mahu membenarkan penangguhan pembayaran pinjaman kepada penjawat awam.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tidak terjejas Covid-19: KSP MOF tidak luluskan penangguhan pinjaman LPPSA penjawat awam? ]

Tidak terjejas Covid-19: KSP MOF tidak luluskan penangguhan pinjaman LPPSA penjawat awam?
Sama ada sebelum Pengumuman Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat atau sehingga ke hari ini nampaknya tiada tanda-tanda kerajaan khususnya Tan Sri Ahmad Badri Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertindak menasihatkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bersetuju mengikut langkah Bank Negara itu.

Jadi punca utama kelewatan kebenaran ini ialah Tan Sri Ahmad Badri. Beliau nampaknya terus berdegil dengan alasan yang sama peminjam tidak terkesan dengan krisis Covid-19. Beliau langsung tidak berfikir tentang penjawat awam kategori B40 atau yang bergaji rendah.

Beliau juga nampaknya langsung tidak mahu membuat pilihan kepada penjawat awam yang membuat pinjaman, sama ada mahu buat penangguhan atau meneruskan pinjaman.

Yang beliau lafazkan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet MOF ialah tidak boleh!.

Sebab itu cadangan paling tepat PM dan KSN segera menggantikan Tan Sri Ahmad Badri. Ia bukan dalam kumpulan pasukan KSN sekarang. Tukar dan ganti baru yang berkebolehan memahami denyut nadi penjawat awam atau rakyat. Punya empati bukan berlagak pandai semata.

Presiden CUEPACS yang paling lemah dalam sejarah!

Presiden CUEPACS kena Kopek!

Sementara itu nampaknya Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semakin lesu. Presidennya, Adnan Mat nampaknya tidak seperti Presiden Cuepacs sebelum ini yang lantang dan apa sahaja isu terutama bab gaji dan umur persaraan mereka pantas berbunyi.

Suara Presidennya, Adnan Mat terlalu kecil dan tidak berimpak. Tan Sri Ahmad Badri KSP langsung tidak pernah mengugatnya.Cuepacs hanya menjadi alas kaki kepada KSP MOF! Adnan Mat hanya mampu berharap. Tapi impak tiada.

"Cuepacs juga berharap semua jenis potongan bulanan seperti kuarters perumahan atau pinjaman penjawat awam bagi agensi atau majikan (pinjaman dalaman) juga perlulah ditangguhkan sebagaimana pelaksanaan di bank," ujarnya.

Sejak 24 Mac moratorium bank hari ini sudah 3 April langsung tiada petanda.

NGO lain yang turut merayu kepada kerajaan ialah Persatuan Akademia Universiti Utara Malaysia (Persatu UUM) melalui Presidennya, Prof Madya Dr Rusdi Omar memohon kerajaan  mengaplikasikan langkah penangguhan kutipan ansuran bulanan (moratorium) secara potongan gaji oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

"Ia sama seperti langkah kerajaan mengarahkan sektor perbankan yang memberi moratorium ansuran pembiayaan keseluruhan di sektor bank, maka bagi penjawat awam adalah juga wajar bagi LPPSA melakukan sedemikian sepertimana dilaksanakan oleh pihak bank.

Pemuda UMNO bangkit bersuara

Terbaru 2 April Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut meminta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memberikan penangguhan pembayaran pinjaman selama enam bulan kepada peminjam yang juga penjawat awam bagi meringankan beban mereka ketika penularan COVID-19.

 “Kami mengambil maklum keluhan dan harapan ramai penjawat awam termasuk persatuan-persatuan pekerja perkhidmatan awam yang mahu penangguhan sementara bayaran balik pinjaman perumahan LPPSA.

“Kerajaan khususnya LPPSA diharap dapat memberikan pertimbangan serius terhadap rayuan peminjam daripada kalangan penjawat awam yang berjasa pada negara selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Katanya, ini kerana kerajaan mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) pada 27 Mac lalu.

“Kami berpendapat pemanjangan penangguhan bayaran balik LPPSA sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjawat awam dan meningkatkan pendapatan yang boleh dibelanjakan (disposable income) sekali gus merancakkan ekonomi negara sebagaimana yang digariskan dalam objektif PRIHATIN.

“Ternyata perbelanjaan domestik seperti makanan, utiliti dan barangan keperluan lain turut meningkat dengan pelaksanaan PKP yang turut memberi dampak besar kepada 1.7 juta penjawat awam,” katanya.

Tan Sri Ahmad Badri KSP MOF tak akan dengar suara rakyat susah!

Apakah kamu rasa Tan Sri Ahmad Badri KSP akan mendengar suara kamu? Mungkin tidak. Sekalipun beliau dikaitkan dengan hubungan rapat Lim Guan Eng bekas Menteri Kewayangan DAP itu kamu rasa dia takut teguran rakyat?

Ada banyak komen dalam facebook rasmi LPPSA, tetapi Tan Sri Ahmad Badri KSP tidak pernah takut mengenainya. Jika dia mempunyai hati nurani dia akan membaca komen penuh berharap itu. Paling tidak baca lebih 1000 komen dan perkongsian dalam facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki atau https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/

Jadi kita seru rakyat yang juga penjawat awam dan keluarga yang ditimpa susah bersuara. Desak  Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mohd Zuki Ali KSN membuang pegawai tinggi yang tiada aspirasi rakyat. Jika Pengerusi Khazanah Tun Dr Mahathir berani ditukar mengapa tidak KSP MOF ini. 

Mahu lapor sila, tiada gentar demi rakyat!

 

 

 

 

7 Comments