Mengapa Warisan pertahan Agenda Sulu Tausug berbanding kedaulatan Sabah?
06:12 Dec 26, 2017  |  By SabahKini2
Mengapa Warisan pertahan Agenda Sulu Tausug berbanding kedaulatan Sabah?

Ternyata usaha Shafie Apdal ini berbaloi apabila Shafie Apdal diserang dalam media sosial pada Mei 2017 apabila Shafie Apdal dikaitkan dengan dengan komander militan Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013. Darrel mempertahankan Shafie Apdal

Rakyat Sabah pasti tidak dapat melupakan peristiwa hitam tanggal 1 dan 2 Mac 2013 menyaksikan kedaulatan negara dicabar dan lapan wira tanah air gugur mempertahankannya.

Pada tarikh itu bumi Lahad Datu dan Semporna, Sabah, bermandi darah apabila senjata api kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memuntahkan peluru menembusi tubuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika mereka memburu pengganas yang mendakwa daripada kesultanan Sulu.

Kumpulan itu dikenal pasti pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa dia waris sah kesultanan Sulu, menceroboh dan mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Februari bagi merampas kembali wilayah mereka di pantai timur Sabah tersebut.

Pencerobohan kumpulan pengganas itu turut mengorbankan dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebanyak 68 anggota militan maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara

Kerajaan Malaysia terus mempertahankan kedaulatannya dengan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu. Ini disusuli dengan penubuhan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sebagai landasan perundangan kepada Esscom.

Ops Daulat turut menyaksikan penangkapan beberapa individu yang didapati bersekongkol dengan kumpulan pengganas terbabit selain anggota militan itu sendiri yang keluar daripada persembunyian selepas digempur. Pada 21 Mac, lapan rakyat Filipina dihadapkan ke mahkamah dan berdepan hukuman mati serta penjara seumur hidup atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas.
 
Sehingga tarikh itu juga 443 orang dilapor ditahan kerana memasuki zon merah kawasan Ops Daulat dan pelbagai kesalahan manakala 173 ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Agenda Pengganas Sulu di Sabah dengan Agenda Tausug

Hari ini semangat pengganas Sulu yang menggelarkan mereka ini Bangsa Tausug yang ada di Sabah menjadi warganegara Malaysia selepas memiliki Kad Pengenalan Projek IC Mahathir dan Shafie Apdal terus bersemangat kuat dengan semangat Tausugnya mahu menguasai Sabah. Sesetengah dari mereka di semporna pernah mendapat Kad Pengenalan disokong Shafie Apdal.

Manakalah satu lagi video yang tular dalam media sosial, aplikasi Whatapps dan Youtube pernah mendedahkan satu mesyuarat dari kumpulan Tausug ini yang mahu terus menggerakkan agenda lama yang gagal.

Apa yang membimbangkan kini ialah pembelian Parti Warisan Sabah dari Fred Gabriel RM 500 ribu oleh Shafie Apdal menjadi tempat agenda Tausug ini digerakkan secara sah. Tugas Shafie Apdal yang ialah mengimbangi perseps parti Warisan majority dari kaum Bajau Suluk dengan membeli pemimpin muda parti bermasalah seperti Darrel Leiking yang sentiasa tiada wang akhirnya ditawarkan RM 2 juta namun sudah dibayar RM200 ribu. Kerana wang Darrel Naib Presiden PKR Pusat mewakili Negeri Sabah pun melompat.

Junz Wong Adun DAP yang dikatakan punya skandal beberapa perempuan ‘clubbing’ serta punya hutang dengan Ah long yang akhirnya diberi RM300 ribu dan melompat dari DAP. Terence Siambun Adun Moyog yang semua tahu menerima notis muflis namun bayar oleh Shafie Apdal. Itulah tugas Peter Anthony bekas kontraktor Shafie yang dilantik Naib Presiden Warisan. Pemimpin muda ini semua mudah diatur oleh Shafie berbanding senior.

Kerana Skandal: Akhirnya Junz Wong pemimpin Cina dan Terence dari KDM dalam genggaman Shafie Apdal

Pemimpin Kadazan Dusun Murut (KDM) dibeli pertahankan Shafie Apdal

Ternyata usaha Shafie Apdal ini berbaloi apabila Shafie Apdal diserang dalam media sosial pada Mei 2017 apabila Shafie Apdal dikaitkan dengan dengan komander militan Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013. Darrel mempertahankan Shafie Apdal

Isu itu timbul selepas seorang pemimpin Umno Sabah, Datuk Ainal Fattah mencabar Shafie menjelaskan gambarnya bersama Agbimuddin Kiram, yang mengetuai 235 militan bersenjata menyerang Sabah pada Februari 2013 di bawah arahan Jamalul Kiram III.

Mengaitkan Shafie Apdal dengan agenda Tausug pengganas Sulu bukan baru. Terbaru bertebaran semula mesej-mesej yang menyeru agar Kadazan Murut (KDM) jangan tertipu dengan Shafie Apdal.

Mesej yang tular dalam media sosial itu menyebut “… Walaupun Warisan parti tempatan tetapi sedar atau tidak sedar, ianya telah menjadi kekuatan stategik pihak bangsa Bajau Suluk Tausug, yang di dalam mahupun di lluar Negeri Sabah. Jika Warisan memerintah ertinya kemenangan mutlak mereka dan mereka tak perlu lagi angkat senjata mahu bertapak di negeri Sabah.

Percaya atau tidak semua pemimpin KDM akan datang dipinggirkan jika mereka membantah tindak-tanduk Presiden Warisan..”  tambah mesej itu.

Beribu kumpulan aplikasi whatapps menularkan mesej ini sehingga terdapat sekumpulan pemimpin Warisan melaporkan kepada pihak polis pada 11 Disember lalu.

Antara whatapps yang disebarkan. Yang terasa bukan dari Sulu Tausug mengapa?

Siri Jelajah Shafie Apdal ke kawasan KDM yang diaturkan Peter Anthony hanya mahu mengaburkan agenda Tausug dalam Warisan termasuk Shafie Apdal terpaksa mempergunakan   isu agama Kristian dan politik gereja menyerang kerajaan negeri. Demi politik Shafie Apdal sanggup. Untuk menarik perhatian rakyat khususnya KDM seolah-olah beliau lebih kristian dari pemimpin kristian. Kerana Shafie akhirnya politik gereja juga turut berkecamuk antara pertahan, nafi dan jalan selamat.

 

Demi Agenda Sulu Tausug Shafie Apdal terpaksa membeli jiwa pemimpin Kristian dan penganutnya semata-mata untuk sokongan.
Saat satu masa Shafie akan perbodohkan dengan agendanya.


Kerajaan BN Pertahan Kedaulatan Sabah

Sepanjang 2017 rakyat Sabah melihat sendiri komitmen tinggi kerajaan BN untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah, khususnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) terus terjamin, tetap konsisten meskipun usia Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sudah melebihi empat tahun sejak ditubuhkan pada 1 April 2013.

Kredit: Info bernama dan infografik: Jitu


Kerajaan persekutuan dan negeri terus bergabung tenaga, sumber dan idea untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan anggota keselamatan di Esszone dalam mengekang sebarang ancaman jenayah rentas sempadan terutama penculikan untuk tebusan dan pencerobohan kumpulan militan.

Pada 29 Sept lalu umpamanya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menempatkan kira-kira 500 anggota dan pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sebagai projek rintis untuk membantu pasukan keselamatan memantau keselamatan di Esszone yang melibatkan 10 daerah di Sabah.

Menteri Dalam Negeri itu berkata anggota Rela berkenaan akan berfungsi sebagai barisan kedua dalam tugas pemantauan keselamatan di ESSZone dan projek rintis itu kelak akan diikuti dengan penugasan 6,148 anggota Rela aktif di Sabah daripada 121,888 anggota Rela berdaftar di negeri ini, secara berperingkat.

Pada Oktober lalu di Tarakan, Indonesia pula, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas bersama rakan sejawatannya dari Indonesia dan Filipina melancarkan operasi pemantauan udara menerusi inisiatif Trilateral Air Patrol (TAP) di Laut Sulu bagi menangani isu jenayah rentas sempadan termasuk ancaman pengganas dan penculikan.

Segala usaha kerajaan itu ternyata memberi kesan besar terhadap aspek keselamatan yang sememangnya amat diharapkan oleh penduduk Sabah bagi memastikan momentum pembangunan pelbagai sektor ekonomi dan sosial di negeri berkenaan dapat diteruskan.

Sebagai contoh, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Bersama Lembaga Penasihat Esscom Tan Sri Musa Aman, baru-baru ini memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bahawa sepanjang 2017 ini belum ada sebarang kes penculikan berlaku di kawasan Esszone.

Kes penculikan terakhir melibatkan rakyat Malaysia oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf dari selatan Filipina berlaku pada 18 Julai 2016 melibatkan lima kru kapal tunda di kawasan perairan Lahad Datu.

Bagaimanapun kesemua lelaki berusia antara 24 dan 63 tahun itu berjaya diselamatkan anggota keselamatan kerajaan Filipina dalam operasi tentera pada Mac lalu dan telah selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Pada 4 Dis lalu pula, anggota keselamatan di Esszone menembak mati seorang lelaki dikenali sebagai Komander Paliyak@Yusuf, 31, dipercayai terlibat dalam beberapa kes rompak dan penculikan di kawasan perairan Kunak dan Lahad Datu sekitar 2014.

Sementara itu, Perintah Berkurung di Esszone yang dikuatkuasakan sejak 19 Julai 2014 masih diteruskan hingga ke hari ini, selain turut menyumbang kepada usaha pengekalan keselamatan di Esszone, juga menyumbang kepada pemantapan ekonomi di Sabah termasuk aspek pelancongan.

Perintah berkurung berjaya meyakinkan pelancong luar dan dalam negara untuk terus berkunjung ke destinasi pelancongan menarik di negeri ini, tidak terkecuali di kawasan pantai timur.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata hingga Oktober tahun ini, seramai 3.65 juta pelancong berkunjung ke Sabah dan daripada jumlah itu, 2.1 juta adalah pelancong tempatan manakala 1.4 juta lagi pelancong asing.

Jumlah berkenaan lebih tinggi berbanding 3.4 juta pelancong yang datang ke Sabah sepanjang 2016.

Jadi kita rakyat Sabah perlu berhati-hati dengan Agenda Tausug yang diserap masuk oleh Shafie Apdal dalam Warisan. Inilah apa yang Shafie lakukan sekarang khususnya di pantai timur Sabah. Kawasan lain masih meragui kecuali pemimpin UMNO atau mana-mana parti yang melompat menyertai Warisan kerana kecewa.

Ayuh Sabah tolak Agenda Tausug yang di bawah Shafie Apdal dalam Parti Warisan. Kepada KDM jangan tertipu. Lihat saja pemilik parti sebenar Parti Pembangunan Warisan Sabah yang menjual partinya hanya di bayar RM50 ribu bakinya masih dihutang dengan janji Fred Gabriel sebagai calon Warisan di Pantai Manis Papar.

 

4 Comments