Kes Mahkamah Amarjit, percepatkan LOA Projek Empangan Papar RM3B dijual kepada China!
05:02 Feb 17, 2020  |  By SabahKini2
Kes Mahkamah Amarjit, percepatkan LOA Projek Empangan Papar RM3B dijual kepada China!

Selepas diam-diam projek JKR RM1.5b diberi kepada kontraktor kroni oleh Datuk Peter Anthony kini dilaporkan LOA projek Empangan Papar kepada syarikat pembina terowong P.Pinang Wira Syukur telah diberi untuk dijual kepada Syarikat China?Siapa syarikat itu?

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi 12 Februari lalu telah sekali lagi memberi kebenaran kepada bekas Ketua Menteri Datuk Yong Teck Lee dan ahli perniagaan Pang Thou Chung untuk mencabar kesahihan perlantikan semula Datuk Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah.

Yong dan Pang, pada 28 Januari memulakan tindakan undang-undang terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sabah, Kerajaan Negeri Sabah dan Amarjit untuk mendapatkan semakan kehakiman mengenai pelantikan haram Pengarah JANS.

Pada 9 Oktober 2019, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah mengisytiharkan bahawa pelantikan awal Amarjit sebagai Pengarah Jabatan Air adalah tidak sah kerana pelantikan itu telah melanggar Seksyen 3 Enakmen Air Sabah 2003 yang menetapkan bahawa Pengarah hendaklah dilantik dari kalangan perkhidmatan awam Sabah.

Pada 15 Oktober 2019 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong yang menjadi jurucakap kepada kerajaan Warisan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengisytiharkan pelantikan Amarjit Singh sebagai pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada tahun lalu tidak sah.

Apa akan jadi Kes Mahkamah kali kedua ini?

Selepas sahaja  keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 9 Oktober 2019 itu pada 10 Oktober 2019  Amarjit sebagai Pengarah JANS telah mengeluarkan tawaran Letter Of Intent (LOI) pembinaan projek Empangan Papar kepada syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd anak syarikat Vizione Holdings Bhd pemegang saham Zenith Contruction Sdn Bhd kontraktor projek Terowong Pulau Pinang yang kontroversi melibatkan Lim Guan Eng Menteri Kewangan.

Ia menunjukkan betapa terdesaknya Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri dan Datuk Peter Anthony Menteri Pembangunan Infrastruktur sehingga terpaksa meminta Datuk Amarjit Singh segera menandatangani surat LOI projek itu sebelum sesuatu berlaku akibat tindakan mahkamah ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar]

Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar

Nampaknya Syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd di belakangnya kontraktor China akan bakal mendapat Surat Setuju Terima (SST/LOA) lagi. Ia mungkin kebimbangan terhadap keputusan mahkamah mengekalkan pelantikan Amarjit sebagai Pengarah JANS tidak sah.

Apa yang kerajaan Warisan lakukan secara teknikal sekarang ialah melantik Amarjit sebagai ‘Penasihat Teknikal’ bagi menghalang keputusan mahkamah.

"Untuk cuba menghindari Enakmen ini, Kerajaan Sabah telah mengeluarkan surat bertarikh 30 Oktober 2019 untuk melantik Amarjit sebagai " Penasihat Teknikal " kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Surat ini telah digunakan semula pada 11 Oktober 2019, "

"Dan pada 1 Nov 2019, Kerajaan kononnya telah memindahkan Amarjit ke Jabatan Air sebagai Pengarah. Kata sumber

Projek Rundingan Terus RM1.5 Bilion di JKR kepada syarikat kroni

Sama situasi seperti di JKR Sabah, Kontrak penyelenggaran jalan kepada 4 syarikat  secara Rundingan Terus diberi LOI (Letter of Intent)  pada 21 Januari 2020 sebelum LOA pada 6 Febuari 2020.

Ini adalah sebahagian taktik Datuk Peter Anthony dan ketua agensi di kementeriannya sekarang untuk melepasi kelulusan khas daripada Shafie Apdal selaku Menteri Kewangan Sabah atau Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng. Bezanya Kes Empangan Papar telah kecoh dan terdedah awal LOAnya kemungkinan terlambat berbanding projek penyelenggaran jalan yang diberi LOI dan LOA secara diam-diam.

[BACA ARTIKEL BERKAITAN- Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender ]

 

Projek Empangan Papar dibiayai Syarikat China bukan Kerajaan Persekutuan!


Dalam satu soalan Dewan Negara pada 19 Disember 2019 telah mendedahkan projek pembinaan empangan Papar yang ditentang rakyat dan kumpulan NGO itu tidak dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan RM3bilion itu tetapi dilaksanakan secara Pembiayaan Kewangan Swasta (PFI) dengan syarikat Negara China.

Malah dijelaskan Pelantikan syarikat telah dibuat sebelum kelulusan projek untuk dimasukkan dalam Rolling Plan Ke-4 (RP4). Persoalannya Syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd kini telah diberi LOA bukan lagi LOI? Dan siapa syarikat China yang dibawa oleh syarikat pembina Terowong Pulau Pinang syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd itu di Sabah? Ia misteri rundingan terus berbilion ringgit yang dirahsiakan hingga kini.

Apakah rakan Consortium Zenith iaitu Beijing Urban Construction Group (BUCG) atau syarikat China lain?

Ramai penganalisis melihat saman kedua Yong Teck Lee ini akan mempercepatkan lagi banyak LOA  di JANS termasuk projek Empangan Papar (Jika belum diberi) kerana bimbang dengan kedudukan Amarjit.

Mungkin sebab itulah Amarjit diarahkan Datuk Peter Anthony pada 13 November 2019 untuk merombak Jabatan Air Negeri Sabah melantik pegawai sehaluan bagi mempercepatkan semua projek Kroni Peter Anthony dan Shafie Apdal.

[ARTIKEL BERKAITAN- Amarjit ‘Pengarah Haram’ JANS rombak jabatan percepat laksana projek kroni? ]

Mungkinkah lagi Amarjit Singh bakal lari daripada SPRM jika kantoi lagi? Sama-sama lihat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Amarjit Singh lari SPRM serbu pejabat Jabatan Air Negeri Sabah? ]

 Amarjit Singh lari SPRM serbu pejabat Jabatan Air Negeri Sabah?

 

 

 

2 Comments