Terbongkar! Christina Liew dalang pemecatan Raymond Setiausaha Politik, kabinet hanya alasan
09:02 Feb 16, 2020  |  By SabahKini2
Terbongkar! Christina Liew dalang pemecatan Raymond Setiausaha Politik, kabinet hanya alasan

Mengapa Christina asyik guna alasan keputusan kabinet? Apa perlunya pecat SUPOL dalam Mesyuarat Kabinet? Sebenarnya dalang pemecatan adalah Christina Liew. Beliau hanya bersandar pada kabinet nak selamatkan diri kononnya bukan dia yang buat....tapi..

“Baling batu sembunyi tangan”

Semua pemimpin PH malah netizen Sabah tahu Christina Liew Timbalan Ketua Menteri Sabah mempunyai hubungan dingin dengan Raymond Ahuar, bagaimanapun oleh kerana Raymond adalah ‘budak Anwar’, Ketua Cabang PKR Pensiangan, Ketua AMK PKR Sabah dan PH, Christina tiada pilihan untuk melantik Raymond sebagai Setiausaha Politiknya.

Hubungan dingin Christina dengan Raymond bukan baru sejak sebelum PRU 14 lagi terdapat usaha menyingkirkan Christina yang juga digerakkan oleh Raymond, Rolland Chia dan ketua-ketua Cabang PKR Sabah namun semakin teruk ketika Lawatan rasmi Anwar ke Sabah dan penyertaan Datuk Seri Salleh Said Keruk dalam PKR apabila Christina dan timbalannya Mustapa Sakmud gagal menghalang program Salleh Said di Kota Belud pada Ogos 2019.

PKR Sabah lemah di bawah Christina, Anwar luluskan Salleh masuk PKR 25 Ogos 2019

Program yang sepatutnya diselaraskan Raymond Ahuar SUPOL Christina akhirnya menjadi kacau bilau apabila Christina dan Mustapha menentang kuat kemasukan Salleh Said itu. Malah Christina dan Mustapha dimalukan Anwar ketika berjumpa dirumahnya.

[ARTIKEL BERKAITAN- PKR Sabah lemah di bawah Christina, Anwar luluskan Salleh masuk PKR 25 Ogos 2019]

[ARTIKEL BERKAITAN- Salleh masuk PKR: Christina, Mustapha arah pimpinan PKR Sabah serang Anwar? ]

Salleh masuk PKR: Christina, Mustapha arah pimpinan PKR Sabah serang Anwar?

Polemik perang Christina dan Raymond jelas kelihatan pada 11 Disember 2019 sebelum PRK Kimanis apabila Raymond Ahuar sebagai ketua Pemuda PH negeri seakan menentang Christina apabila mengesyorkan mahu gabungan PH bertanding pada Pilihan Raya Kecil Kimanis atas alasan bukan sebahagian daripada PH. Ia mencetuskan kemarahan Shafie dan Warisan ketika itu

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan bukan komponen PH, Pemuda setuju PH tanding di Kimanis ]

Sementara itu Christina Liew sebagai Ketua PH Sabah memanggil Mesyuarat semua parti komponen PH dan memutuskan 16 wakil parti menyokong pencalonan Warisan menepis saranan Ketua Pemuda PH Raymond Ahuar itu.

 

Christina Liew dalang pemecatan Raymond

Christina memang mencari jalan mahu memecat Raymond tetapi memandangkan Raymond adalah Ketua AMK PKR dan Ketua Pemuda PH orang kanan Anwar Ibrahim maka Christina amat sukar melakukannya.


Christina beri isyarat kepada Anwar- Dia sedang berkuasa. Anwar belum tentu PM 8

Maka beliau perlu mencari jalan untuk menyingkirkannya menggunakan kabinet. Wal hal kuasa melantik Setiausaha Politik adalah atas syor Menteri dan kelulusan Shafie Apdal selaku Ketua Menteri.

Bagaimanapun bagi mengelak polemik perang dingin PKR maka beliau memaklumkan kepada Shafie Apdal dan diumumkan dalam kabinet.

Oleh itu alasan Christina Liew keputusan pemecatan Raymond Ahuar diputuskan bersama dalam kabinet adalah satu alasan untuk menyelamatkan diri. Apa standard Ketua Menteri membawa usul kecil untuk memecat Raymond Ahuar dalam kabinet?

Semua isu-isu yang berlegar di sekitar Raymond sehinggalah lawatan kerjanya ke kawasan pembalakan Tatalaan 2 di Nabawan hanyalah seribu satu alasan tetapi misi Christina tercapai iaitu memecat musuh yang dianggap duri dalam daging menentangnya.

Christina masih mengingati dirinya hampir disingkir oleh Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PKR/PH Sabah namun kini beliau berjawatan besar sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah beliau memberi isyarat beliau berkuasa bersama Shafie Apdal maka singkir Raymond Ahuar.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kantoi pecat Raymond, Permit F2B diarah batal, Brilliant Junction kebal kini 'Dikambing Hitamkan' ]

 

 

Comment