Selepas 20 tahun DAP datang berlagak hero di Keningau dan fitnah Kerajaan BN
21:12 Dec 21, 2017  |  By SabahKini2
Selepas 20 tahun DAP datang berlagak hero di Keningau dan fitnah Kerajaan BN

DAP membandingkan peristiwa Ribut Greg dan banjir lumpur pada 26 Disember 1996 yang meragut banyak nyawa dan harta-benda 20 tahun lalu. Namun dalam tempoh 20 tahun ini sehingga berlakunya banjir di Sg Pampang tidak pula pernah DAP datang ke sini.

Rakyat Keningau mengecam DAP yang tidak pernah pun ambil tahu hal rakyat luar bandar tiba-tiba muncul di Keningau untuk menyalahkan pihak lain. Tidak pernah ada bantuan diberi DAP di Keningau tiba-tiba parti rasis dari Semenanjung ini datang semata-mata menyalahkan pihak lain

DAP membandingkan peristiwa Ribut Greg dan banjir lumpur pada 26 Disember 1996 yang meragut banyak nyawa dan harta-benda 20 tahun lalu. Namun dalam tempoh 20 tahun ini sehingga berlakunya banjir di Sg Pampang tidak pula pernah DAP datang ke sini.

“Tiada pula sesen bantuan yang diberi oleh DAP kepada penduduk kampong apatah lagi projek pembangunan”. Kata Arman seorang penduduk kampung di Kg Pampang.

DAP turut memutar belitkan fakta. Menurut Pengerusi DAP Keningau, Peter Saili, antara sebab yang menjadi punca berlakunya banjir lumpur ialah akibat kemusnahan kawasan hutan dan bukit akibat penerokaan tanpa kawalan.

“Penerokaan tanah yang berleluasa tanpa mematuhi garis panduan oleh Jabatan Alam Sekitar boleh menyebabkan ekosistem hutan terganggu. Tambahnya.

DAP juga menggesa kerajaan menguatkuasakan undang-undang melarang pembinaan rumah kediaman di tepi sungai dan bukan hanya setakat melarang secara ‘literal’ sahaja.

Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan dalam kenyataan berkata dakwaan itu, yang tersebar di media sosial tidak benar dan satu tuduhan liar.

Sam Mannan menjelaskan sumber Sungai Pampang terletak di Taman Banjaran Crocker, kawasan hutan masih murni dan tidak pernah dibalak.

Pencerobohan dan pertanian pindah getah dan padi sentiasa berlaku namun sentiasa ditangani segera.

Sungai pula mengalir melalui beberapa penempatan dan pekan Keningau di mana penempatan rezab sungai sering dijadikan penempatan setinggan haram.

 “Selepas ribut tropika Greg pada 1996, notis diberikan kepada setinggan untuk mengosongkan tebing dan meruntuhkan penempatan itu. Kawasan tersebut rizab tebing sungai dan tidak sesuai untuk penempatan manusia,” jelasnya.

Malangnya setinggan tidak berpindah dan terus berkembang, kata Sam.

Kuasa menghalang setinggan adalah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan masing-masing.

Sudah pasti kedudukan rumah di tebing hanya mengundang bencana kerana banjir merupakan fenomena biasa dan satu bencana alam.

Jika DAP benar-benar ikhlas dan mahu menyelesaikan masalah setinggan sungai serta mahu menguatkuasakan undang-undang melarang pembinaan rumah kediaman di tepi sungai mereka tak perlu datang ketika bencana perlu tetapi sejak 20 tahun lalu.

Sabahkini2 semalam menyiarkan video segala usaha Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Musa Aman betapa kerajaan berusaha gigih untuk memelihara hutan serta mengawal pembalakan. Jadi isu Sg Pampang ini adalah kes bencana alam. Jika benar Kerajaan BN Sabah lemah mengapa bencana banjir di Sungai Pampang hanya berlaku selepas 20 tahun? Ini bermakna usaha kerajaan berhasil.

 

 

 

 

 

3 Comments