Siasatan pesta dadah Adun Dengkil bakal selesai, kekasihnya Juvienna bakal didakwa?
15:02 Feb 05, 2020  |  By SabahKini2
Siasatan pesta dadah Adun Dengkil bakal selesai, kekasihnya Juvienna bakal didakwa?

17 ditahan pesta dadah termasuk Adun Dengkil. Seorang wanita Indonesia Vivi Megawati bakal didakwa. Apakah kekasih Adhif Syan Abdullah bernama Juvienna Sanggu Anak Entili, Pelajar UNITAR Kelana Jaya juga akan didakwa?

KUALA LUMPUR: Siasatan kes melibatkan Adun Dengkil, Ketua Armada Selangor, Adhif Syan Abdullah yang ditahan bersama 16 individu lain dalam serbuan polis di Puchong bulan lalu akan selesai tidak lama lagi.

“Saya rasa tak lama kita akan dapat keputusan. Jadi, sabarlah,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Mazlan Mansor kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan pada sidang media selepas majlis Ops Selamat sempena Tahun Baru Cina di Bukit Aman hari ini.

Jawatan Adhif selaku ketua Pemuda PPBM Selangor digantung partinya bagi membantu siasatan polis selepas beliau dinamakan antara 17 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri pada pagi 12 Jan.

Menurut polis, mereka ditahan atas dakwaan penyalahgunaan dadah dan aktiviti perjudian.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kantoi! Adun Selangor, 3 Pegawai Khas Menteri antara 17 ditahan anjur pesta dadah, GRO ]

Kantoi! Adun Selangor, 3 Pegawai Khas Menteri antara 17 ditahan anjur pesta dadah, GRO

PPBM mengambil ketetapan untuk menunggu siasatan pihak berkuasa sebelum menentukan nasib Adhif. Pengerusi Dr Mahathir Mohamad berkata parti tidak boleh menjatuhkan hukuman sebelum keputusan mahkamah.

Tengah: Kau Git Kaur semua kabel dia jaga. Projek MSN sapu... 

Setakat ini Kau Git Kaur pemilik GK Sport & Recreation Sdn Bhd taikun cina yang menaja Pesta dadah tidak diketahui statusnya begitu juga Kekasih Adhif Syan Abdullah bernama Juvienna Sanggu Anak Entili, Pelajar UNITAR Kelana Jaya yang positif dadah itu juga tidak pasti akan didakwa.

Setakat ini seorang wanita dari Indonesia bernama Vivi Megawati (Passport B5545696) beralamat Jalan Kota U/8 102 Bukit Jelutong, Shah Alam Selangor sahaja dikatakan bakal didakwa. Vivi Megawati dikatakan direman dari 12/1/2020 hingga 29/1/2020.

Dokumen  Mahkamah Majistret menunjukkan pendakwaan kes itu yang tular dalam laman sosial.

 

 

 

 

1 Comment