32 kenderaan Vellfire untuk Menteri, RM300 juta setahun, kekal Spanco atau kroni lain?
10:12 Dec 31, 2019  |  By SabahKini2
32 kenderaan Vellfire untuk Menteri, RM300 juta setahun, kekal Spanco atau kroni lain?

Siapa kroni yang akan membekal 32 unit Toyota Vellfire untuk Menteri? dan 12,500 kenderaan. Apakah Spanco Sdn Bhd milik Robert Tan kekal? Atau Kumpulan Naza, Berjaya, Sime Darby, DRB-Hicom, Kumpulan Samling, Comos dan Go Auto?

Mac 2019 Kerajaan PH telah menamatkan kontrak penyelenggaraan tunggal kereta sewa untuk kegunaan rasmi kerajaan monopoli Spanco Sdn Bhd (Spanco) milik taikun Tan Sri Robert Tan Hua Choon dikaitkan dengan kroni Tun Daim Zainuddin selepas tempoh konsesi 25 tahun pemajakan tamat.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika itu mengumumkan  konsesi yang dimeterai pada 30 Oktober 1993 itu sudah berakhir pada 31 Disember 2018 dan disambung 6 bulan. Alasan penamatan itu ialah bagi mengelakkan monopoli kepada syarikat kroni dan menjimatkan wang kerajaan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Konsesi Spanco 25 tahun milik Robert Tan dikaitkan kroni Tun Daim ditamatkan ]

Konsesi Spanco 25 tahun milik Robert Tan dikaitkan kroni Tun Daim ditamatkan

Tender yang tamat tempoh pada 28 Februari 2019 itu kini masih dalam peringkat penilaian dan bakal diumumkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun Malay Mail semalam telah membocorkan maklumat tender itu kononnya kerajaan bakal menerima kenderaan baru iaitu 32 unit Toyota Vellfire untuk menteri-menteri, 3,000 Honda Accord pegawai-pegawai, 1,300 unit kenderaan penguatkuasaan (Mobile Patrol Vehicles) selain mengekalkan 8,000 unit Proton Persona dan Saga untuk kegunaan jabatan-jabatan.

Nampaknya kenderaan yang diambil kerajaan PH untuk Ahli Kabinet Menteri kini bukan lagi proton Perdana atau kereta nasional tetapi kereta mewah Toyota Vellfire.

Kontrak baharu ini katanya hanya diluluskan selama 15 tahun membabitkan 12,500 unit kenderaan dengan kos RM300 juta setahun. Lebih malang Proton Perdana yang direka khusus untuk menjadi kenderaan kerajaan tidak tersenarai dalam tender ini.

Syarikat-syarikat terlibat dalam bidaan iaitu ialah Spanco, Kumpulan Naza, Berjaya, Sime Darby, DRB-Hicom, Kumpulan Samling, Comos dan Go Auto yang menjadi wakil pengedar jenama Haval.

Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng hampir pasti diputuskan dalam tempoh terdekat. Individu belakang tabir untuk pelantikan kontraktor ialah Tony Pua Setiausaha Politik Lim Guan Eng. Menurut sumber taikun-taikun besar tender itu telah berjumpa dengan Tony Pua dan Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng dikatakan tidak mahu Malaysia menggunakan jenama automotif sendiri buatan tempatan untuk ketua negara tetapi mahu menggunakan kereta import atas alasan penyelenggaraan tinggi.

Spanco, Kumpulan Naza, Berjaya dan DRB-Hicom dijangka berpeluang besar namun kedudukan Spanco milik Tan Sri Robert Tan Hua Choon di belakangnya Tun Daim tetap diberi perhatian dalam pertempuran tender kali. Apakah Lim Guan Eng berani menyingkirkan Spanco Sdn Bhd (Spanco)?. Siapa taikun besar akan menang pertempuran RM300 juta setahun ini.

 

5 Comments