Akhirnya Sime Darby Plantation jual ladang Liberia 220,000 hektar kepada MANCO
13:12 Dec 08, 2019  |  By SabahKini2
Akhirnya Sime Darby Plantation jual ladang Liberia 220,000 hektar kepada MANCO

Menteri Penerangan Liberia, Eugene Nagbe dalam satu persidangan perniagaan di London, berkata Sime Darby Plantation akan menjual ladang berkenaan kepada Mano Manufacturing Company (MANCO)

FREETOWN: Sime Darby Plantation Bhd menjual konsesi kelapa sawitnya di Liberia kepada pengilang tempatan, demikian mengikut seorang menteri Liberia.

Rancangan itu dibuat berikutan keputusan kewangan ‘di bawah par’ berikutan piawaian alam sekitar lebih ketat.

Sime Darby Plantation menandatangani perjanjian konsesi selama 63 tahun dengan kerajaan Liberia bagi membangunkan tanah seluas 220,000 hektar untuk penanaman kelapa sawit dan getah.

Ia sekali gus membentuk satu perlima daripada pegangan tanah global syarikat berkenaan.

Bagaimanapun pada Ogos, syarikat itu berkata, ia akan menamatkan operasi mereka di Liberia pada akhir tahun ini susulan menghadapi peraturan ketat dan bantahan mengenai isu alam sekitar yang mana menolak penebangan hutan.

Menteri Penerangan Liberia, Eugene Nagbe dalam satu persidangan perniagaan di London, berkata Sime Darby Plantation akan menjual ladang berkenaan kepada Mano Manufacturing Company (MANCO), iaitu pengeluar terbesar produk kesihatan dan pembersihan rumah di Liberia.

Nagbe berkata, syarat terakhir perjanjian itu belum dimuktamadkan tetapi kerajaan yakin ia akan diteruskan.

MANCO, subsidiari Mano Public Oil Industries menjadi pembeli utama minyak sawit Sime Darby Plantation sejak 2015.

Bagaimanapun, Sime Darby Plantation dan MANCO tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara itu. 

Untuk rekod Mohamad Helmy Othman Basha  Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Plantation adalah bekas CEO Sime Darby Plantation Liberia Inc (SDPL).

Sementera itu sebelum ini satu lagi syarikat milik Sime Darby iaitu Sime Darby Properties sebelum ini juga melalui fasa penjualan aset. Pelantikan CEOnya dari Eco World juga telah ditangguhkan selepas kontroversi.

[ARTIKEL BERKAITAN- Jual aset, lantik Dato' Voon Tin Yow CEO, Sime Darby kini milik DAP! ]

Jual aset, lantik Dato' Voon Tin Yow CEO, Sime Darby kini milik DAP!

Comment