Selepas khianat PRU14, UPKO sedar tidak relevan terpaksa tukar nama
00:11 Nov 25, 2019  |  By SabahKini2
Selepas khianat PRU14, UPKO sedar tidak relevan terpaksa tukar nama

Sejarah UPKO adalah sejarah kalah, khianat, bubar dan bertukar nama. Sejak 1960an kepada semangat PDS selepas khianat PBS bertukar kepada UPKO. Khianat lagi PRU14 kini tukar lagi kepada Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu. Semua demi wang dan kuasa.

KOTA KINABALU- Parti Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO) nampaknya tidak relevan lagi di Sabah.

Tahun lalu Portal Sabahkini2 sebelum ini telah mendedahkan UPKO berisiko untuk dibatalkan kerana melanggar akta pertubuhan apatah lagi UPKO sudah mengetahui pindaan perlembagaan mereka sebelum ini tidak diluluskan namun tetap melaksana Persidangan Perwakilan Tritahunan ke 15, 14 Oktober 2018.

UPKO sepatutnya telah dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM/ROS) selepas menerima surat ROS bertarikh 10 Oktober 2018 rujukan PPM/SBH 0336/94 JLD.3 (2) yang ditandatangani oleh Masyati binti Abang Ibrahim Ketua Pengarah JPPM dialamatkan kepada Setiausaha Agung UPKO MENOLAK dan TIDAK MELULUSKAN permohonan pindaan undang-undang UPKO.

[ARTIKEL BERKAITAN- UPKO berhadapan risiko dibatalkan ROS? ]

Ketika itu UPKO berhempas pula menyelamatkan keadaan. Akhirnya ROS memberi nafas semula memandangkan Presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Menyedari UPKO tidak relevan Parti Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu itu kini terpaksa ditukar nama sebagai Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu. Bersaing dengan Parti Bersatu Sabah sudah tentu bakal melenyapkan UPKO dalam PRU ke15 akan datang.

Kedudukan jawatan UPKO hari ini hanyalah dari ‘lompatan’ berpakat dengan Kerajaan Warisan selepas PRU14 lalu. Ia pasti tidak akan kekal dalam PRU15 nanti.


Pemimpin UPKO sekali lagi bertindak drastik dan game kotor.  1999 PDS mendapat nikmat jawatan. selepas PRU14 Madius 'jilat' Shafie untuk main pintu belakang.  Madius hanyalah seorang MP Tuaran tetapi dilantik jadi  Adun dan juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Presidennya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata mereka tiada pilihan perlu membuat keputusan dan mengambil langkah segera menggugurkan politik perkauman kepada politik universal dan inklusif dengan singkatan sama UPKO.

“Walaupun UPKO selama ini juga pejuang membela rakyat khususnya untuk menangani pelbagai cabaran hidup rakyat seperti kekurangan peluang-peluang pekerjaan; pelbagai isu pendidikan, isu-isu alam sekitar, integriti dalam urus tadbir seperti salah guna kuasa, rasuah, kejujuran dan keadilan, namun kekadang isu perkauman mendominasi persepsi rakyat terhadap UPKO lebih daripada segala-galanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Luar biasa UPKO 2019

Seperti pada 8 Ogos 1999 PDS menukar namanya kepada UPKO untuk merelevankan mereka dengan semangat Kaum Dusun Murut maka kembali menggunakan  nama Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu.

Namun kali ini UPKO terpaksa menukar nama sekali lagi untuk terus relevan. Nama Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu sudah tidak sesuai digunakan.

“Insiden ini juga merupakan satu langkah penyesuaian terhadap tuntutan aspirasi dan kehendak penyokong UPKO ketika itu,” katanya.

Tewas dalam pilihanraya pada tahun 1967,  UPKO kemudiannya dibubarkan, berdepan lagi dengan kemelut politik Sabah pemimpin KDMR berpecah belah sehingga sehingga tumbangnya Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1994. UPKO melalui PDS bernafas kembali di bawah Tan Sri Bernard Giluk Dompok, namun PDS tetap gagal menyatukan KDM serta kekal sebagai parti “Hidup Segan Mati Tak Mahu”.

Kali ini UPKO terpaksa berubah lagi untuk terus kekal hidup. Sekalipun berkuasa diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan beberapa lagi jawatan jika UPKO masih berharap kepada sokongan Kadazan Dusun Murut, UPKO pasti akan lenyap dalam PRU 15 nanti.

“Keputusan kearah itu diambil setelah melalui kajian dan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin UPKO disemua lapisan yang telah diadakan selama lebih setengah tahun. Kajian itu telah dilaksanakan ekoran daripada resolusi kita dalam persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO 2018.

Komen-komen netizen dalam laman sosial menunjukkan reaksi bahawa UPKO sedar mereka akan pupus. Mampukah nama Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu yang masih mengekalkan singkatan UPKO itu diterima rakyat? Dalam kepala rakyat UPKO sinonim dengan 'pengkhianat' rakyat.

Ramai juga berpendapat UPKO yang mengambil semangat Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (United Kadazan National Organisation) (UNKO) 1965 dan Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu (United Pasok Momogun Organisation) (Pasok Momogun) 1962 akan berkubur dengan sejarah jenama asalnya. 

Kini nama UPKO masih kekal dan rakyat masih kenal siapa UPKO sejak 1960an itu. UPKO didokong pemimpin menguntungkan peribadi. Pemimpin akan dapat jawatan dan kaya raya tetapi penyokong UPKO kekal sama sejak 1960an atau sejak berubah menjadi PDS 1999. UPKO kekal dibayangi PBS selama-lamanya.

Madius sepatutnya tidak menggunakan nama singkatan UPKO yang ‘Tiada Ong’ itu lagi.

10 Comments