Menteri DAP arah KP JTM bayar yuran Belia India guna dana Amanah ILJTM, kaum lain wajib bayar RM1800
09:07 Jul 01, 2019  |  By SabahKini2
Menteri DAP arah KP JTM bayar yuran Belia India guna dana Amanah ILJTM, kaum lain wajib bayar RM1800

Tular memo Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia mengarahkan semua Pengarah ILJTM Negeri untuk yuran Belia India ditaja oleh PSMB menggunakan peruntukan Amanah ILJTM. Kaum lain wajib bayar RM1800 ke atas.

KUALA LUMPUR- Rupanya apa yang diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran ogos tahun 2018 mengenai kemudahan yuran percuma bagi pengajian di beberapa institut latihan kemahiran kendalian Jabatan Tenaga Manusia adalah untuk Program Inisiatif meningkatkan enrolmen pelajar Belia India tahun 2019.

Kula berkata cadangan yuran percuma pernah dibuat tahun 2013 namun tidak dapat dilaksanakan.

"Kementerian sentiasa mengambil berat atas kebajikan pelajar dan telah kemukakan kertas cadangan bagi pembiayaan yuran percuma pada 2013, namun ditolak kerana melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan.

"Kementerian telah membuat tindakan susulan dengan mengemukakan semula kertas cadangan itu semasa penyelarasan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional(TVET) pada 2018," katanya di Dewan Rakyat ketika itu.

Surat Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia untuk belia India tular

 

Namun hari ini tular memo Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia bertarikh 28 Jun 2019 mengarahkan kepada semua Pengarah ILJTM Negeri untuk Belia India yuran ditaja oleh PSMB menggunakan peruntukan Amanah ILJTM negeri masing-masing.

Ini bermakna dibawah program PSMB- ILJTM semua penuntut kaum India adalah di kecuali kan dari membayar yuran pendaftaran sebanyak RM1800 manakala bagi penuntut selain dari kaum India, pembayaran yuran RM1800 berkenaan adalah di wajibkan.

Ibubapa penjaga yang hadir pendaftaran ILP turut tidak berpuas hati selepas diberitahu mereka wajib membayar RM1800 namun belia India dikatakan percuma.

Surat yang tular itu mendapat komen dari pelbagai pihak termasuk kritikan kuat daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA). PUTRA menyeru ibu bapa yang telah mendaftarkan anak mereka di ILP dan telah membayar yuran pendaftaran tersebut, Sila hubungi Biro Undang-undang & Pengaduan Awam PUTRA di talian +60176635719 untuk penubuhan satu jawatankuasa bertindak menuntut Keadilan dan Hak samarata seperti yang di jamin di bawah Perkara 8 Perlembagaan.

 

Kenyataan Media seperti berikut-

Kenyataan Media Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) berkaitan diskriminasi kaum dalam proses pembayaran yuran pendaftaran di Institut Latihan Perindustrian.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

1. Biro Undang-undang & Pengaduan Awam PUTRA telah menerima aduan dari ibu bapa berbangsa Melayu menyuarakan ketidakpuasan hati mereka apabila mendaftarkan anak jagaan mereka di ILP Ledang sebuah institusi kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

2. PUTRA di maklumkan bahawa semua penuntut kaum India adalah di kecuali kan dari membayar yuran pendaftaran sebanyak RM1800 manakala bagi penuntut Selain dari kaum India, pembayaran yuran RM1800 berkenaan adalah di wajibkan.

3. PUTRA melihat dasar Kementerian Sumber Manusia menggunakan Wang rakyat dari Akaun Amanah ILJTM adalah satu dasar diskriminasi perkauman yang tidak berlandaskan mana-mana peruntukan undang-undang.

4. PUTRA juga melihat dasar ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di pihak Kementerian Sumber Manusia yang menyalahgunakan Dana awam hanya untuk kepentingan kaum tertentu dan kemungkinan di sebabkan Menteri Sumber Manusia adalah seorang dari kaum India maka atas sebab Itulah dasar ini di perkenalan.

5.PUTRA memandang serius penyalahgunaan Dana awam untuk kepentingan politik sempit Menteri Sumber Manusia dan PUTRA akan membuat aduan rasmi berkaitan isu ini.

6.Buat ibu bapa yang telah mendaftarkan anak mereka di ILP dan telah membayar yuran pendaftaran tersebut, Sila hubungi Biro Undang-undang & Pengaduan Awam PUTRA di talian +60176635719 untuk Kita menubuhkan satu jawatankuasa bertindak menuntut Keadilan dan Hak samarata seperti yang di jamin di bawah Perkara 8 Perlembagaan.

7.Perkara 153 Perlembagaan hanya membolehkan Yang Di Pertuan Agong memelihara kedudukan Istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum Lain dalam bidang Pendidikan dan Latihan.

8. PUTRA percaya Yang Di Pertuan Agong tidak memberi perkenan kepada dasar diskriminasi Kementerian Sumber Manusia ini dan selagi belum di perkenankan maka sebarang dasar kerajaan yang bercanggah dengan undang-undang adalah tidak berpelembagaan dan boleh di cabar di Mahkamah.

9. PUTRA mengambil maklum bahawa kemiskinan merupakan antara faktor penghalang kepada peluang Pendidikan tetapi kemiskinan adalah buta perkauman.

10.Kerajaan hendaklah bertindak adil mengikut undang-undang dan sebarang bentuk diskriminasi selagi ianya tidak di kecuali kan oleh undang-undang hendaklah di hentikan.

 

Sekian terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
Pengerusi Biro Undang-undang & Pengaduan Awam PUTRA

1 Julai 2019

9 Comments