Seruan minum sesudu minyak sawit PM dan Teresa Kok jadi bahan 'Troll'
17:03 Mar 26, 2019  |  By SabahKini2
Seruan minum sesudu minyak sawit PM dan Teresa Kok jadi bahan 'Troll'

Kempen Sayangi Sawitku dengan seruan minum sesudu minyak sawit menjadi bahan tular selepas Kerajaan PH gagal menaikkan harga sawit negara.

KUALA LUMPUR - Saranan Perdana Menteri dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok meminta rakyat Malaysia meminum sesudu minyak sawit sehari tualr dan sangat popular. 

Menurut Teresa produk minyak sawit negara terutamanya minyak sawit dara atau virgin sangat kaya dengan kandungan vitamin E.

"Sebenarnya kita ada minyak sawit dara atau minyak sawit merah yang sangat bagus untuk menambah baik penglihatan kita.

"Memang ada penyelidikan dibuat oleh pakar nutrisi di China berkenaan minyak sawit merah yang dapat membantu meningkatkan lagi penglihatan terutamanya kanak-kanak. Jadi apabila Perdana Menteri kata kena minum satu sudu setiap hari merujuk kepada minyak sawit merah atau dara," katanya 

 

Teresa berkata, sejak mengetahui khasiat ekstrak minyak sawit tersebut beliau sendiri juga meminumnya sehari sesudu dan kini berasa lebih muda.

"Jadi kempen Sayangi Sawitku sebenarnya untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada warga Malaysia tentang produk lima bintang kita itu kelapa sawit dan juga jadi duta kepada minyak sawit.

Pelbagai video dan gambar troll hari ini tersebar meluas memerli Teresa Kok dan Kerajaan PH.

beberapa video yang troll mengenai minum minyak sawit hari ini

 

 

 

 

 
2 Comments