Dokumen milik SPRM bocor, Guan Eng dan DAP digesa lapor polis
09:02 Feb 27, 2019  |  By SabahKini2
Dokumen milik SPRM bocor, Guan Eng dan DAP digesa lapor polis

Siasatan SPRM yang didedahkan tertakluk dibawah Akta Rahsia Rasmi. Bagaimanapun setakat hingga kini Lim Guan Eng dan pemimpin DAP lain berdiam diri pendedahan Raja Petra itu.

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa mendesak Lim Guan Eng membuat laporan polis berhubung pendedahan kertas siasatan yang didakwa milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam artikel yang menamakan beliau.

Setiausaha Agung Tan Sri Annuar Musa mengulas gambar-gambar dokumen yang didakwa mengenai rasuah dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang oleh satu laman web popular.

Selain Lim, beberapa lagi ahli politik DAP dinamakan dalam artikel tersebut.

“Tidakkah kertas siasatan SPRM sesuatu yang sulit dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Annuar berkata pihak berkuasa harus siasat bagaimana dokumen yang didakwa milik SPRM itu boleh diperolehi laman tersebut.

Beliau juga mendesak Lim dan pemimpin-pemimpin DAP yang dinamakan supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman tersebut.

“Perkara sebegini bukan saja mengejutkan rakyat tetapi boleh menjejaskan reputasi agensi penting seperti SPRM,” katanya.

Siri pendedahan Raja Petra Kamaruddin kini sudah boleh dibaca dalam blognya Malaysia-today.net

[ARTIKEL BERKAITAN- DARI FAIL SPRM Siri 4: Orang-Orang Yang Terlibat Dengan Rasuah Terowong Bawah Laut Pulau Pinang ]

 

 

Comment