GBS terus bergerak tanpa Umno Sabah sehingga keadaan tenang - Ongkili
06:12 Dec 13, 2018  |  By SabahKini2
GBS  terus bergerak tanpa Umno Sabah sehingga keadaan tenang - Ongkili

Sebelum ini PBS antara komponen yang kuat mendesak pemimpin UMNO Sabah keluar dari parti sebagai syarat mereka menyertai Gabungan Bersatu Sabah.

KOTA KINABALU: Gabungan Bersatu Sabah (GBS) akan terus bergerak tanpa Umno, kata Presiden PBS Datuk Seri Maximus Ongkili.

Sambil menyambut baik penghijrahan ramai pemimpin Umno Sabah hari ini, beliau berkata GBS akan mengusahakan suatu hubungan politik dengan mereka selepas keadaan tenang semula.

Mereka akhirnya memutuskan untuk mengikuti kami (PBS)…bebas. Kami akan tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

“Buat masa ini, GBS akan terus bergerak tanpa Umno Sabah sehingga keadaan tenang semula mengenai Yang Berhormat tanpa parti itu.

“Sementara itu, PBS akan kekal dengan agenda sendiri dengan mengukuhkan akar umbi dan memastikan kerajaan negeri mentadbir secara bertanggungjawab.

“PBS akan menyokong apa yang baik untuk rakyat, dan menentang apa yang merosakkan Sabah,” kata Ongkili.

Bekas ketua Umno Sabah dan Adun Sulaman Hajiji Md Noor hari ini berkata mereka yang meninggalkan parti akan mengekalkan hubungan dengan GBS.

Penghijrahan dari Umno hari ini melibatkan 5 Ahli Parlimen, 9 Adun, 2 senator,2 Majli Tertinggi UMNO dan 21 ketua bahagian. Mereka tidak ada parti sekarang tetapi akan menyokong Pakatan Harapan.

Ongkili berharap Umno Sabah akan terus mendahulukan perjuangan Sabah untuk rakyat Sabah.

“Yang paling penting ialah melindungi Sabah daripada orang asing yang tidak diundang. Kami mahu pendatang tanpa izin dikeluarkan dari Sabah.

“Kami kekal berpendirian kerajaan negeri pimpinan Warisan tidak dapat mandat pengundi Sabah.”

Selain Umno Sabah dan PBS, GBS juga terdiri daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Rakyat Sabah dan wakil rakyat bebas.

Sebelum ini PBS antara komponen yang kuat mendesak pemimpin UMNO Sabah keluar dari parti sebagai syarat mereka menyertai Gabungan Bersatu Sabah.

8 Comments