2 MT, 5 Ahli Parlimen, 9 Adun, 21 Ketua Bahagian keluar UMNO
10:12 Dec 12, 2018  |  By SabahKini2
2 MT, 5 Ahli Parlimen, 9 Adun, 21 Ketua Bahagian keluar UMNO

Kerana Kepimpinan UMNO Pusat sedia ada tidak mempunyai arah tuju politik yang jelas, saling bercanggah, pelan pemulihan yang lambat akhirnya pemimpin UMNO Sabah keluar parti

Video- Buletin TV3

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menerima tamparan hebat apabila Pengerusinya, Datuk Hajiji Mohd Noor, bersama 13 wakil rakyat dan 21 ketua Bahagian meninggalkan parti itu dan mengisytiharkan menjadi ahli politik bebas.

Mereka termasuk sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Datuk Musbah Jamli (Tempasuk), Datuk Japlin Akin (Usukan), Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (Kawang), Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Matbali Musah (Lumadan), Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas).

Turut sama ialah empat ahli Parlimen iaitu Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran) dan Datuk Zakaria Mohd Edris (Libaran), manakala dua lagi Senator ialah Datuk John Ambrose yang juga Ketua UMNO Bahagian Penampang serta Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin yang mengetuai UMNO Bahagian Pensiangan.

Secara keseluruhan, sembilan ADUN, empat Ahli Parlimen, dua Senator dan 21 Ketua Bahagian Umno Sabah bertindak meninggalkan parti itu.

Hajiji dipetik berkata, Ahli Parlimen Sipitang, Hafez Yamani Musa, yang belum mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, turut menyuarakan hasrat keluar UMNO untuk bersama kumpulan terbabit.

Majlis pengumuman keputusan itu turut menyaksikan kehadiran kebanyakan pemimpin kanan dan ahli Jawatankuasa UMNO Sabah, antaranya Ketua Penerangan UMNO negeri, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Hajiji berkata, keputusan meninggalkan Umno itu dibuat secara sebulat suara.

“Malangnya, Umno kini kembali seperti dahulu. Kepimpinan sedia ada tidak mempunyai arah tuju politik yang jelas,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

“Kami tidak pasti ke mana hala tuju Umno. Ada kenyataan bercanggah tentang masa depannya, bergantung kepada siapa di pucuk pimpinan yang anda bercakap dengannya.”

Katanya, kumpulan pemimpin itu kini menyokong kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Sabah yang diterajui Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

Menurut sumber 13 dan 21 Ketua Bahagian yang keluar UMNO yang kini bebas akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam bulan Januari atau februari.

[ARTIKEL BERKAITAN- PPBM ganti UMNO Sabah Kedudukan Warisan bakal tergugat? ]

SENARAI PEMIMPIN UMNO YANG KELUAR UMNO

A. Ahli Parlimen

1. YB Datuk Azizah Mohd Dun
2. YB Datuk Seri Ronald Kiandee
3. YB Datuk Rahim Bakri
4. YB Datuk Zakaria Idris
5. YB Hafez Yamani Musa
6. YB Arthur J Kurup (keluar BN)

B. Ahli Dewan Undangan Negeri

1. YB DSP Hajiji Mohd Noor
2. YB DSP Masidi Manjun
3. YB Datuk Japlin Akim
4. YB Datuk Musbah Jameh
5. YB Datuk Gullam Haidar Khan
6. YB Datuk Arifin Arif
7. YB Datuk Isnin Aliasnih
8. YB Matbali Hj Musah
9. YB Datuk Nizam Titingan

C. Senator

1. YB Datuk Ghani Yassin
2. YB Datuk John Ambrose

D. Ketua2 Bahagian UMNO yg meletakkan keahlian UMNO

1. Datuk Gurahman Hj Lolong
2. Datuk Wetrom Bahanda
3. DSP Salleh Said Keruak
4. DSP Hajiji Mohd Noor
5. Datuk Faisyal Deigo
6. Datuk John Ambrose
7. DSP Rahim Ismail
8. Datuk Arifin Arif (memangku)
9. Datuk Isnin Aliasnih
10. Datuk Sapawi Ahmad
11. Datuk Ghani Yassin
12. Datuk Sairin Karno
13. Samad Jambri
14. Datuk Awang Kadin
15. Firdaus Akbar Khan
16. Abdul Hakim Sidek
17. Datuk Ramlee Marhaban
18. Datuk Nizam Titingan
19. Datuk Juslie Ajirul
20. Datuk Arsit Sedi
21. DSP Masidi Manjun

Yang Belum Buat Keputusan

1. Datuk Yakub Khan
2. Datuk Raime Unggi
3. Karim Wahid (diluar negeri)

4. DS Bung Moktar (kekal Umno)

 

7 Comments