Sabah tetapkan had umur perkahwinan 18 tahun
23:10 Oct 04, 2018  |  By SabahKini2
Sabah tetapkan had umur perkahwinan 18 tahun

Kabinet negeri telah sepakat untuk memastikan had umur perkahwinan iaitu 18 tahun dapat diteruskan

KOTA KINABALU-  Kerajaan Sabah menetapkan had umur minimum untuk berkahwin di negeri itu pada 18 tahun, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata perkara itu diputuskan kabinet negeri pada mesyuaratnya semalam selepas  mendengar  penjelasan Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

“Kita (kabinet negeri) telah sepakat untuk memastikan had umur perkahwinan iaitu 18 tahun  dapat diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Negeri (MTN) di sini hari ini.

Menurutnya, Bungsu  telah mencadangkan untuk menurunkan had umur minimum perkahwinan  daripada 16 tahun kepada 14 tahun bagi perempuan dan daripada 18 tahun kepada 16 tahun bagi lelaki. 

Namun katanya Mufti Sabah juga berpandangan had umur itu boleh dinaikkan kepada 18 tahun  sambil pada masa sama menyediakan pilihan dengan mengambil kira keadaan tertentu seperti adat dan budaya di sesetengah tempat di negeri tersebut.

 

1 Comment