TNC HEPA UMS tutup kes mahasiswi dipukul dan dirogol ketika datang haid
22:08 Aug 11, 2018  |  By SabahKini2
TNC HEPA UMS tutup kes mahasiswi dipukul dan dirogol ketika datang haid

Kes rogol siswi UMS julai lalu oleh pegawai keselamatan UMS terus kecoh hingga kini. Terdapat usaha menutup kes hingga pertuduhan kes dari merogol kepada cubaan merogol. Mahasiswa UMS protes. Apa sudah jadi?

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang juga Pegawai Unit Keselamatan UMS mengaku tidak bersalah, di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan cuba merogol seorang mahasiswi, di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menetapkan pengurusan kes pada 29 Ogos terhadap Arshad Masdin, 26, yang didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.

Hukuman yang diperuntukkan jika sabit salah, boleh dikenakan penjara selama tempoh 15 tahun dan sebat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menanggalkan baju mangsa secara paksa, pada 15 Julai jam 12.30 tengah malam, di dalam bilik asrama, institusi pengajian tinggi berkenaan.

Terdahulu Timbalan Pendakwaraya Umar Faiz membantah ikat jamin diberikan kepada tertuduh dengan mengatakan kesalahan berkenaan tidak boleh ditawarkan jaminan.

Peguam Shahlan Jufri mewakili Arshad memohon ikat jamin diberikan, bagi membolehkan anak guamnya menyediakan pembelaan.

"Tertuduh tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Pengadu dalam kes ini bukan lagi berada di Kota Kinabalu, tetapi kini di negeri Kelantan," katanya.

Tambahnya, tertuduh yang mempunyai dua anak yang bongsu berusia dua bulan, sudah bekerja di unit keselamatan institusi berkenaan hampir setahun.

Beliau memohon jumlah ikat jamin yang rendah diberikan, yang mana ahli keluarga tertuduh menjadi penjamin.

Ainul membenarkan ikat jamin diberikan sebanyak RM5,000 dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Dalam sebaran whatapps dan media sosial FB ramai mahasiswa dan Alumni UMS mempertikaikan cara kes ini dikendalikan oleh pihak UMS. 

Ramai pihak mempertikaikan perubahan pertuduhan dari merogol kepada cubaan merogol. Sepatutnya tertuduh didakwa  mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan,jika disabitkan kesalahan.

Dikatakan pihak UMS cuba menutup kes ini dari disebar luaskan atas alasan mencemarkan nama baik Universiti. Umum mengetahui kakak tertuduh Masnaneh Masdin adalah Pegawai Khas kepada TNC HEPA. Oleh itu dia menggunakan TNC HEPA menyelamatkan adiknya dari hukuman yang lebih berat.

Sumber UMS memaklumkan tertuduh, Arshad bukan sahaja memukul mendatangkan kecederaan sehingga lebam tetapi turut merogol secara kejam kerana mangsa dikatakan datang haid.

Dalam satu catatan facebook terbaru Alumni UMS bernama Mukmin Nantang mendedahkan Pegawai Tinggi Keselamatan UMS meminta Timbalan Naib Canselor HEPA UMS, Profesor Dr. Ismail Ali mengambil tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti menutup mulut mahasiswa UMS.

"Pegawai UMS jangan buat tahi, kalau mahasiswa digertak kami Alumni Universiti Malaysia Sabah akan lawan isu ini habis-habisan". katanya.

Terdapat juga desas-desus pihak pengurusan UMS mahu kes ini diselesaikan segera termasuk berunding dengan keluarga mangsa agar diselesaikan secara kekeluargaan. Bagaimanapun keluarga mangsa tidak dapat menerima perlakuan kejam tertuduh.

Seorang mahasiswi UMS menamakan dirinya Amy Irmayanti berkata ada banyak kes rogol di UMS di tutup oleh pihak pengurusan UMS.

"Makin benci saya dengan mereka, lebih banyak suka rogol ditutup, mahasiswa UMS diminta diam untuk menjaga nama baik UMS". katanya.

Universiti Malaysia Sabah sejak di zaman Tun Zaki Tun Azmi sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti memang terkenal dengan skandal yang ditutup termasuk skandal pendaftarnya dengan isteri orang yang juga kakitangan UMS.


TNC HEP UMS dikatakan tiada masa mengurus kes pelajar. Seorang kaki mabuk, perempuan dan penghisap rokok tegar


Oleh itu mahasiswa/i UMS berpendapat amat sukar kes-kes seperti pegawai keselamatan UMS merogol mahasiswi diambil tindakan segera. Kes akan cuba ditutup dan kisah ini akan terus berulang-ulang di UMS. 

Apakah kes rogol yang dijadualkan pengurusan kes pada 29 Ogos terhadap Arshad Masdin ini akan diteruskan, gugur atau sudah terdapat penyelesaian dari pihak UMS terhadap mangsa? 

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mesti mengambil perhatian dan mengarahkan semua Naib Canselor serta TNC HEP mengambil tindakan menjaga kebajikan, keselamatan dan hak-hak pelajarnya. 

Timbalan Naib Canselor HEPA UMS ini perlu dipecat untuk menunjukkan betapa seriusnya kementerian pendidikan melihat kes ini. Ini melibatkan masa depan mahasiswa/i di UMS

 

 

 

128 Comments